Jumaat, 1 April 2011

Keraguan Membunyikan Huruf 'e'

bin Da
emak      enak       strategi    erat
bestari     adegan   debat    esa   komunisme    sosialisme    buletin    gamelan opera    pegang wisel   bakteria   definisi   generator   kategori   peka   tragedi   gelatin    kriteria     seka   efektif   evolusi   deskriptif    ekstrem    delegasi   generasi

Bunyi “e” Membezakan Makna

1              SEJARAH RINGKAS1.1          Rancangan Pembakuan

- bermula pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972.

- Sistem ejaan rumi yang pernah wujud:
Sistem Ejaan Wilkinson (1904)
Ejaan Za’ba (1949)

Sistem Ejaan Fajar Asia (1945 – 1954)
Ejaan Rumi Kongres 1956 –
Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya)

1.2          Penyelarasan dan Pelaksanaan
Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967 telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972. Di Malaysia, sistem ini dikenal sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.

2              CIRI-CIRI UTAMA SISTEM EJAAN RUMI 19722.1          Huruf dalam bahasa Melayu
               
a) Huruf vokal: a, e. i, o, u, dan  diftong ai, au, dan oi
                b) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
                c) Huruf konsonan gabungan: gh,  kh, ng, ny, sy

Sistem keselarasan huruf vokal
- keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata awal dan suku kata akhir tertutup.
Contohnya, lantik, boleh, lelong
Bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, hanya dua suku kata terakhir yang diambil kira.
Contohnya, semenanjung, seluruh, kerisik


s
Pola keselarasan huruf vokal
Sepuluh (10) pola yang tidak berubah
Pola                                                       Contoh

a – a                                                       batal
e(p) – a                                                  lekat
e (t) – a                                                 petak
e (t) – e (t)                                            leceh
e (t) – o                                                esok, selekoh, tempoh
i – a                                                       bilang
o – a                                                     botak, sekolah
o – e (t)                                                oleh, toleh, boleh
o – o                                                     tolong, seloroh
u – a                                                     pusat, belukar
al

Khamis, 3 Mac 2011

Praktis mencari idea utama, isi dan kesimpulan teks

Baca petikan dibawah dan catatkan idea utama, isi-isi sokongan dan kesimpulan untuk membuat rumusan :
Kerjaya sebagai guru kerap dikatakan sebagai kerjaya yang mulia. Hal ini demikian kerana guru bertanggungjawab memdidik generasi muda sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi.. Peranan dan tanggungjawab seorang guru amat berat. Guru bukan sahaja mengajar, tetapi juga berperanan mendidik para pelajar menjadi insan yang cemerlang dari segi intelek, akhlak, emosi dan jasmani. Sejajar dengan peralihan zaman dan kemajuan yang dicapai dalam dunia pendidikan, maka peranan guru turut mengalami perubahan dengan tanggungjawab yang semakin mencabar dan bebanan yang ditanggung oleh guru kian bertambah. Kini, selain mengajar , guru juga perlu menghabiskan sebahagian besar  masanya di sekolah dengan mengadakan kelas tambahan dan terlibat dalam aktiviti kokurikulum atau sukan. Tugas ini dijalankan pada waktu petang atau petang atau di luar waktu persekolahan, termasuklah hari cuti.
                Tugas guru tidak semudah yang disangkakan oleh sesetengah pihak. Selain menuntun kesabaran dan ketabahan, guru juga perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan, termasuk ilmu psikologi. Hal ini demikian kerana mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan, disiplin, selain memastikan kecemerlangan prestasi akademik pelajar. Dlam kesibukan mengajar, pada masa yang sama mereka menjadi kaunselor untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh pelajar yang berada dibawah pengawasan mereka. Guru juga menjadi tempat mengadu, berbincang, merujuk , meminta nasihat, dan meminta pertolongan. Kadangkala guru melakukan apa-apa sahaja tugas yang tidak dilakukan oleh mereka yang bekerja dalam bidang yang lain.
                Berdasarkan situasi di atas, tidak hairanlah profesion perguruan dipandang mulia oleh masyarakat kita. Guru dianggap sebgai sumber ilmu dan maklumat kepada pelajar. Bagi sesetengah pelajar, guru dianggap individu mengetahui segala-galanya. Oleh sebab itulah, golongan ini terlalu bergantung pada guru dan tidak cuba menerokai ilmu yang kurang difahami oleh mereka. Dari aspek lain pula, guru menjadi teladan kepada pelajar dan menjadi pemimpin kepada anggota masyarakat, terutama di kawasan pendalaman. Guru dilantik sebagai pemimpin badan-badan sukarela. Menyedari akan tanggungjawab berat ini, para guru seharusnya melengkapkan diri supaya kekal relevan dengan perkembangan semasa. Hal ini, demikian kerana cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka pada alaf baru ini jauh lebih berat jika dibandingkan dengan beberapa dekad sebelum ini. Situasi ini menuntut guru lebih bersedia dengan perkembangan semasa.
                Guru perlu lebih kreatif dalam merancang pengajaran supaya sesuai dan dapat diikuti dangan berkesan dan sistematik oleh para pelajar. Sehubungan dengan itu, guru perlu mahami dimensi psikologi dan masalah yang dihadapi oleh pelajar mereka, seterusnya merangka tindakan disiplin, masalah sosial dan juga masalah yang berkaitan dengan akademik pelajar. Guru tidak boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati, tetapi mereka perlu menggunakan budi bicara dalam sesuatu tindakan. Guru juga perlu bijak bertindak dan perlu memberikan kefahaman kepada pelajar tentang tujuan hukuman dikenakan terhadap pelajar.
                Kajian yang dibuat mendapati bahawa terdapat banyak factor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah. Salah satunya mempunyai kaitan dengan masalah ekonomi dan kemiskinan keluarga. Bagi menyelesaikan msalah ini, guru boleh mengubungi dan merujuk perkara itu kepada pegawai kebajikan atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.
                Pelajar hari ini tidak sama dengan pelajar zaman pra dan awal kemerdekaan. Pelajar masa ini terdedah kepada pelbagai sumber maklumat. Mereka mampu berhujah dengan guru berhubung persoalan yang berlaku dalam masyarakat. Oleh itu, para guru perlu peka terhadap isu yang berlaku  dalam kehidupan mereka serta perlu menguasai teknologi maklumat dan mendalami ilmu pengetahuan supaya mereka terus dihormati serta disanjung oleh pelajar. Setiap guru harus memiliki cirri-ciri tersebut bagi membolehkan mereka melaksanakan peranan dan tugas dengan jayanya serta mengharungi segala cabaran yang menanti mereka pada alaf baru ini.

Praktis Alih Bentuk Bahasa

Alih bentuk bahasa petikan yang berikut:


Dialog
a) “Ketika saya tak ada nanti, ayah tolong tengok-tengokkan si Chah tu. Jangan beri muka sangat pada budak tu.” Kata Timah sewaktu dia nak ke Mekah dulu . “Chah tu jangan diikutkan sangat kehendaknya. Ayah kenalah jaga dia betul-betul masa kami tak ada nanti.” Timah menambah. Tok Man hanya senyum.
    “Jangan bimbang Timah, aku akan jaga takat yang aku mampu. Chah tu dah besar panjang. Aku tak boleh ikut punggungnya tiap masa. Lagi pun aku ni dah tua.” balas Tok Man.


b) “Marilah kita makan sama-sama,”ajak Rosalind setelah melihat Kiah membisu disebelahnya.
    “Berapa hari cuti?” Tanya Pak Karim, bagaikan tidak ingin membiarkan suasana sepi.
    “Tak cuti, abah!” jawab Mazlan, mencedok sesudu santan dan menuangnya atas nasinya.
    “Habis macam mana?” Pak Karim berhenti mengunyah, matanya tumpah ke wajah anak dan menantunya.


Teks Klasik

c)             Syahdan apabila Tun Berahim Baba melihat ayahandanya berangkat keluar, maka ia pun lalu berdiri dengan takzim di hadapan baginda serta sampai sahaja baginda, ia pun terus sujud menyembah ayahandanya itu. Maka Sultan ahmad pun bertitah kepada Bermamat Pantai dan Medan Pantai, titahnya, “Hendaklah engkau kedua sebutkan kepada anakku Tun Berahim Baba, jika ia hendak menaiki kuda itu, moleklah di hadapan orang ramai atau pendekat Kabat itu, dan suruhlah ia memacu kuda itu dari sini sampai ke Takus.”



d) Sebermula pada suatu hari hanyut buih dari hulu Sungai Palembang itu terlalu besar; maka dilihat orang di dalam buih itu seorangbudak perempuan, terlalu baik parasnya. Maka dipersembahkan orang ke bawah duli Sang Sapurba, maka disuruh baginda Puteri Tanjung Buih, diangkat anak oleh baginda, terlalu sangat dikasihi baginda. Telah berapa lamanya Sang Sapurba duduk dengan Wan Sendari itu, maka baginda pun beranak empat orang, dua orang perempuan baik-baik parasnya.


Puisi

e)             Angin dingin pagi itu
                berhembus di lading bendang dan
                menyapu rambut dan muka
                anak-anak berbaju putih berkain biru
                yang sedang berlenggang mengepit buku.





Iklan

f)                                                                           AKADEMI SENI WARISAN
                                                                                TEMU DUGA TERBUKA

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menghadiri
temu duga jawatan berikut:
1.       Jawatan         :               ARTIS BUDAYA (PENARI)
Lelaki & Wanita

                  
       Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
       Klasifikasi Perkhidmatan : Bakat dan Seni
       Taraf Jawatan                    :Kontrak
       Jadual Gaji                          :Gred B17
                                                       P1T1 RM662.35 – P1T24 RM 1741.67

      Syarat Lantikan:
(a)     Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan;
(b)     Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan sperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan.
(c)     Lelaki: Tinggi:- 5 kaki 4 inci (163 cm); Berat:- 119 – 125 paun (54 – 57 kg)
Perempuan: Tinggi:- 5 kaki  2 inci (158 cm); Berat:- 99 – 110 paun (45 – 50 kg)
(d)     Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 27 tahun pada tarikh temu duga diadakan.




Kesalahan bahasa

Nyatakan sebab kesalahan dan buat pembetulannya.


a)       Bagi pelajar yang belum Berjaya, boleh mengikuti kelas bimbingan pada masa cuti.
                                                                                                                                             
b)       Sayur-sayuran yang ditanam seperti sawi, bayam, kacang panjang dan terung.
                                                                                                                                             
c)       Ahmad membaca sambil menonton televisyen.
                                                                                                                                             
d)       Manakala dua orang adiknya masih belajar di sekolah rendah.
                                                                                                                                              
e)       Buku untuk kamu sudah baca atau belum ?
                                                                                                                                              
        f)        Buku itu dibaca oleh kamu.
                                                                                                                                               
g)       Tugasan itu telah mereka selesaikan semalam.
                                                                                                                                               
h)       Perlawan bola sepak antara pasukan Johor dan pasukan Negeri Sembilan
                                                                                                                                               
i)         Bagi mereka yang belum mendapat tempat, harus bersabar.
                                                                                                                                               
j)        Saya tidak pasti di mana dia tinggal.
                                                                                                                                               
k)       Mereka telah ditipu. Justeru mereka membuat laporan polis.
                                                                                                                                               
l)         Pihak berkuasa perlu meningkatkan lagi kawalan.
                                                                                                                                               
m)     Semua orang tahu yang dia itu anak orang kaya.
                                                                                                                                               
n)       Tolong jangan kotorkan tempat itu.
                                                                                                                                               
o)       Gadis itu kelihatan ayu apabila mengenakankan mini telekung.
                                                                                                                                              
p)       Masyarakat di tempat kami saling bantu-membantu.
                                                                                                                                               
q)       Kami rindukan ibu kami yang sedang berada di luar Negara.
                                                                                                                                               
r)        Dia telah tinggal di sini sejak dari kecil lagi.
                                                                                                                                                
       s)        Sebelum melintas jalan dia melihat ke kiri dan kanan.
                                                                                                                                                
t)        Pelancong asing tertarik dengan keindahan alam semula jadi.
                                                                                                                                                
u)       Saya tidak percayakan kata-katanya.
                                                                                                                                                
v)       Oleh sebab telah letih, Ahmad tidur dengan lena.
                                                                                                                                                
w)      Kedua ibu bapanya hadir ke majlis itu.
                                                                                                                                                
x)       Penduduk-penduduk di situ akan dipindahkan.
                                                                                                                                                
y)       Hanya dia seorang sahaja yang hadir.
                                                                                                                                                
z)       Kami sedang di dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
                                                                                                                                                



Praktis Intensif

         ULANG KAJI INSENTIF
                BAHASA MALAYSIA KERTAS 2
         (910/2)

                1. Tuliskan kerangka karangan (pendahuluan, isi, penutup) bagi tajuk yang berikut :

         1.a) Pelbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan bagi memupuk sikap cinta akan sungai. Namun, terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah mencemarkan sungai di tempat anda. Sebagai pengerusi penduduk kampung anda bercadang untuk menghantar suatu memorandum kepada pihak kerajaan. Tuliskan memorandum tersebut.

                                                                                                                               
         1.b) Usaha menghijaukan negara kita menjadi tanggungjawab bersama. Bincangkan langkah-langkah yang perlu dijalankan oleh semua pihak untuk menjayakan rancangan ini.



2.Kembangkan idea satu daripada isi bagi setiap karangan di atas.

          
  
               

Selasa, 8 Februari 2011

Bahasa Melayu STPM

Selamat Datang ke laman blog Bahasa Melayu Pra-U Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat,Pontian,Johor.

Semoga segala maklumat dapat dikongsi bersama dan dapat membantu sebagai rujukan anda.